Pejam celik..pejam celik.. kejap jer Ramadan datang
lagi.. terase macam baru semalam sambut thn baru.. iiisshhhhh… cepat btol mase berlalu..
terlalu banyak yang da di lalui thn ni.. sedar x sedar hujung thn da semakin
menghampiri.. ku mengharapkan agar Ramadan kali ini lebih bermakna.. agar dapat
ku lalui dengan sempurna… insyaAllah
Sempena Ramadan kali ini.. jom kongsi manfaat/ kelebihan
terawih… kalu xsempat nk g masjid.. wat jer kt umah.. nk seribu daya..xnk
seribu dalih… ;)
Kelebihan Solat Tarawih
1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya
baru dilahirkan.
2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang
mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada
manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada
malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih
akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang- orang
yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama
pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil
Madinah dan Masjidil Aqsa.
6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala
seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap
batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih
malam itu.
7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa
a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir'aun dan Hamman.
8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang
bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan
dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan
dunia dan akhirat.
11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih
dari dosa seperti baru dilahirkan.
12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan
muka yang bercahaya-cahaya.
13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam
keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan
mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul 'Arasy dan Kursi
akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan
mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada
malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah
sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih
hidup atau yang sudah mati).
19. Kelebihan Solat Tarawih Malam
Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di
dalam Syurga Firdaus.
20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala
sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah
mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam
keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah
bandar di dalam syurga daripada cahaya.
24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua
puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat
puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam
tersebut.
27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya
kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu
darjat di akhirat.
29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala
seribu haji yang mabrur.
30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang
bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai
hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di
dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta
minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang
bernama Al-Kautsar.
SelaMaT BerAmaL.. :)
No comments:
Post a Comment