Kini.. Setahun Telah Berlalu..



10.11.2012
Tarikh keramat buat kita berdua
Kini.. 10.11.2013 muncul tiba
Diriku dihambat rasa gembira
Setahun sudah dirimu kumiliki
Terima kasih Ya Allah atas pernikahan ini..

Dear Mr Hubby..
Terima kasih kerana menerima diri ini seadanya
Terima kasih kerana menemaniku dikala keresahan..
Kesedihan.. dan kegembiraan..
Terima kasih kerana sentiasa menjadi tulang belakangku
Terima kasih kerana sentiasa menjadi kawanku.. kau jualah musuhku..
Terima kasih kerana selalu membuat aku ketawa riang gembira..
Walaupun kadangkala airmata ini menitis jua
Terima kasih kerana sentiasa melengkapi diriku yang tidak sempurna ini
Terima kasih kerana sentiasa mendahulukan aku dalam semua acara
Terima kasih kerana selalu membahagiakan rumah tangga kita


Sempena ulang tahun perkahwinan kita yang pertama ini
Khas buatmu En Hubby
"I love u always abg.. thank for everything that have u done to me"
Terima kasih atas kebahgiaan yang kita miliki bersama ini.. :)


Make choices that will make your journey in life the best that it can be.

Eh.. Selamat Berpuasa..!!


sekejap jer berpuasa
sedar xsedar dah nak masuk 2 mggu dah kita berpuasa
tahun ni berpuasa xsama macam tahun2 sebelum ni
mana taknyer.. 1st Ramadan sebagai isteri
 tapi apakan daya
en suami jauh dari cni.. hukhukhukk.. 
berpuasa sorang2 jer la kat cni
dugaan Ramadan tahun ni... ;(

kalu kt kedah ni
mula la mengatur makan bufet
semua hotel kt astar tu aku nk booking
tapi kt kl ni.. dengan keta kt bengkel xsiap2 lagi
berbuka sorang2.. selera makan pun xbp nak ade
ding!!! menghitung hari nak blk kedah ni!!! (^^,)

arini tetiba teringin nak mamam "kanji"
orang kedah panggil kanji.. org lain aku xtau la
teringat tok aku masak time nak berbuka
arini aku masak sendiri.. sib baik jadi
sedap..nyummmyy!! hehehee sendiri puji!!



p/s : keep counting!! en suami cepat2 la cuti..!! 
leh kita g beli baju raya t.. herppp!! ;)


Make choices that will make your journey in life the best that it can be.

Pesanan Buat En Suami


Suamiku tersayang,
Kaulah pemimpin diriku,
Menegur segala kesilapanku,
Memerhati setiap tingkah lakuku,
Kaulah pendukung diriku,
Ketika diriku goyah dilanda musibah,
Kaulah pembakar semangatku.

Tiada yang lebih istimewa,
Selain kasih sayang yang kau curahkan,
Tiada yang lebih berharga dari pengorbananmu,
Sesungguhnya engkaulah insan yang aku cintai,
Padamu jualah segala bakti ku curahkan,
Sesungguhnya jasamu begitu besar nilainya
Terima kasih Ya Allah atas kurniaan ini..


---Nukilan : Ustazah Siti Nur Bahyah Mahamood---

p/s : buat en suami tercinta.. 
kara-kata ini ditujukan khas utkmu.! ;)


Make choices that will make your journey in life the best that it can be.

Malang Tidak Berbau!!



Malang tidak berbau
Kalu malang tu berbau agak2 ade x macam bau perfume?
ker macam bau downy pewangi pakaian??
eh..eh..!! nama pun malang kan 
agak2 ade x bau cam jamban???
kalu berbau confirm2 la semua orang dapat mengelak dari  malang
kan..kan..kann!!

Julai aku bermula dengan hal-hal yang aku sangat lah xjangka
bermula dengan tayar pecah
tayar kena skru..!!



Yang Esa masih sayangkan aku
tayar keta meletop aku xsedar
kena paku pun aku xsedar
selamba jer aku drive balik dr shah alam ke umah
yang best.. member aku siap cakap
" tu bkn bunyi dari keta kita.. xyah risau"
kekeke.. skali nk g betulkan alignment & balancing keta
hambik ko.. tayar depan belakang mslh
depan pecah.. belakang kena skru
hohohohooo..!!

dugaan datang lagi
lepas sehari betulkan tayar.. yang ni pulak menjelma
memang sedih..!! ;( 


sedih tengok keta aku ni
duwet hasil titik peluh kemek habis
yg skt hati budak yang langgar tu xde lesen
haaaii laaa.. menci btol!!!!!


p/s : kalu kita xlanggar orang.. orang langgar kita
so.. hati2 lah memandu!!


Make choices that will make your journey in life the best that it can be.

Pemungut Hutang??!!


sesepi angin berterbangan.. 
tidak nampak tapi dapat dirasai
macam tulah jua dengan masa
xnampak tapi sedar2 dah tgh tahun berlalu
kira ok lah perumpamaan aku ni kan

sedar xsedar dah 3 bulan aku kerja kat tempat baru
cabaran baru.. kerja yang paling xsuker sebelum ini
itulah kerja aku sekarang ni
"AKULAH PEMUNGUT HUTANG"
sape2 rasa dia belum bayar bil elektrik lagi 
siap ade tunggakan lagi haaa!!
cpt2la bayar yer
aku nk wat operasi setiap masa pasni!!!
HAHAHAHAHA




p/s : sib baik bil letrik umah aku kerajaan tanggung!! 
untung weeey!! ;)


Make choices that will make your journey in life the best that it can be.

Akaun...!!


0 1 2 3 4 5 6 7 8 9    + _ % 
hidup penuh dengan nombor
hari-hari pegang kalkulator
tengok kanan kiri semua nombor
"welcome to my world lah wahai nombor"

penat kut nak blajar balik benda yang dah hampir 10 tahun aku tinggal
debit kredit.. bank reconciliation
haiiishh!! yang aku tau bank statement.. heheheee
hari-hari kutip hutang
aku kaya..aku kaya.. hahahaaa!!!
(^,<)



p/s : jangan cepat putus asa.. chaiiiyoooooooookk!!


Make choices that will make your journey in life the best that it can be.

1st day


harini hari pertama di tempat baru
dikelilingi oleh kawan-kawan baru
di samping bos baru
di longgokkan dengan kerja-kerja baru
dengan memegang jawatan baru
banyak benda yang aku perlu tahu
semoga otak aku xjadi tepu..hahahaaa
(^.^)

sib baik opis dekat dengan rumah
xde la aku nak sesat2 bagai
bestnyer 5 minit jer g opis
sok leh g lambat.. hooyeee..


p/s : bekerja dengan semangat.. moga2 xcepat pudar!!
chaiiyoookk!!!!!! (^,<)


Make choices that will make your journey in life the best that it can be.

Merantau


" hohohoo.. balik kampung
OOooo..balik kampung.. hati riang "
hadeeii baru pindah shari aku dah ingat kampung halaman

sekali lagi menjadi anak rantauan
setelah bertahun lamenyer aku tidak merantau
last skali time blajar dulu jer
tup..tuppp.. di keluarkan plak dari kampung halaman
haiishhh.. merantau lah lagi

aku dah tanam azam dah xnk kuar dr kampung halaman
ape orang cakap.. "zon selesa" yang ada dalam hidup aku
tp.. sape sangka!! di hantar ke selangor nie
bosannnn.. aku xsuker jem.. aku xsuker sesak2.. warghh!!
" you can not apply for a transfer unless..
you have been working here for more than 2 years and above "
masak laaa aku pasni.. nk blk kdh

selamat lah bermastautin di cheras ni
ade rezeki kte balik utara nanti
usaha tangga kejayaan
pakai lif cepat sket kut..eheheee


p/s : sgt penat bler pindah.. lg2 bler aku xbape sihat!!!!
dah laa.. nk rehat laah plak.. 


Make choices that will make your journey in life the best that it can be.

Dunia Baru


kejap jer masa berlalu 
rasa macam baru semalam masuk kerja kt opis aku tuh
tup..tup.. dah nak kena tukar tempat baru
menambah peningkatan di dalam kerjaya
sesuatu yang diimpikan semua orang
sape xnk naik pangkat kan
syukur alhamdulillah la kehadrat Ilahi

berdebar2 nak masuk opis baru
bos baru aku dah la jenis ... haiiishhh!! ssh nak tafsir
nampak macam sempoi tp i don't no lah oii..
hopefully semua berjalan lancar..


tinggal lagi sok hari jer pasni ..
kena tunggu cuti la baru leh balik kedah
welcome cheras
sayonara tmn cahaya
tmn yg membawa "cahaya" pertama ke dalam hidup aku sekeluarga
pasni slamat dtg "kasturi"
semoga haruman kasturi terus mekar mewangi
ke dalam hidup aku..amin!


p/s : lecehnyer nk kemas pindah..
tq mr hubby sbb kemaskan semua!! ;)

Make choices that will make your journey in life the best that it can be.

Syukur


tuah ayam nampak dikaki
tuah aku.. alhamdulillah yang Esa tambahkan rezeki

" segala rasa syukur ku panjatkan kepada Ilahi
terasa segala pengorbanan sangat di hargai "

betullah kata orang
"kadang-kadang Allah sembunyikan matahari,
dia datangkan ribut dan petir,
kita tertanya kemana hilangnya matahari, 
rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi"


p/s : thx en hubby.. for everything!! ;)


Make choices that will make your journey in life the best that it can be.

syyhh!!

agak lama aku menyepi dari karang2 kt blog aku ni
wuiishh rindu kut nk berblogging
melawat blog2 yang drop by kt blog aku nii..
nak sgt menjejak kasih.. tp
wat masa ni.. so sorry.. slagi lappy aku xdibaiki mmg ssh la
rimas kut..

ok full stop.. arini nk story pasal pregnant.. ngeee
semua orang yang kawen msti nak anak kan
haa..camtu lah jgk ngan aku
So.. meh kte story pasal simpton awal kehamilan
menurut Pakar Sakit Puan (okeh... pakar google aku yerr),
tanda-tanda yang dialami adalah berbeza bagi setiap bakal ibu
dan yang pastinya ianya bergantung pada ibu itu sendiri..

Antaranya.. (korang mungkin akan alami salah satu di bawah ni.. iye2 jer kan)

-kebanyakkan dari kaum wanita akan mengaitkan dengan kitaran haid,
apatah lagi kalu haid korang teratur kan.. tup2 datang lewat dari tarikh biasa

-mood korang yang berubah secara mendadak.
slalunya awal2 kehamilan ni korang akan lebih sensitif.

-rasa loya dan muntah2 akan menyerang di minggu awal kehamilan
selalunya berlarutan hingga usia kandungan 3 bulan

-korang juga kebiasaannya akan kerap buang air kecil ketika janin
sudah mula terbentuk dan rahim semakin membesar

-perubahan warna di sekeliling payudara dimana di sekitar puting anda menjadi kehitaman,
kemungkinan anda sudah pun hamil beberapa minggu

-suka dan alah kepada makan/minuman ataupun bau2an tertentu, perubahan hormon yang berlaku kenkadang turut menyebabkan slera & keinginan makan turut berubah, itu yang dipanggil mengidam tu

-anda akan merasa tidak bermaya disebabkan hormon yang dikeluarkan di awal kehamilan dan ini akan membuatkan anda berasa cepat letih.

-rasa lapar yang berpanjangan.. okeh yang ni aku rasa.. hahahaaa...
yang lain2 korang google lah sendiri yer..nggeee!!


bagi sesiapa yang ada tanda-tanda diatas.. tahniah, bagi yang xde tu xmustahil anda mmg tgh preggy.. ni hanya tanda2/simpton2 awal kenkadang ade orang x alami pun semua ni tapi dia mmg pregnant

p/s : wat sesiapa yang mmg tgh praggy tu.. tahniah!!
yg belum usaha lagi.. insyaAllah ade rezeki.. ;)

Make choices that will make your journey in life the best that it can be.

Budget Keluarga..!!

gula abis!! kicap xde!! minyak masak mane??
colgate ni dah nak abis..!!ade spare x??
isssh.. xreti2 nk beli spare ker..!
duwet nk bercuti ade?? sibuk nk g bercuti..

sebelum mr hubby membebel cam2 aku dah stat wat budget family
adeeii.. aku xsuker kut tp inilah tanggungjawab
setelah 2 bln menjalankan tanggungjawab sebagai wife
membuat budget bulanan adalah penting bagi memastikan
kelancaran rumahtangga aku


ni antara tips yang perlu diambil kira ketika membuat budget keluarga :-
(mcm aku teror jer kan.. blasah jer laaa)

pendapatan
 - gaji suami
 - gaji isteri
 - lain2 sumber pendapatan

perbelanjaan
   transportation
   - duwet keta
   - minyak keta
   - servis / maintenance
   - tol
    home education                                     utilities   
- loan rumah / sewa rumah                    - bil air
       - belanja dapur                                      - bil elektrik
   - cukai tanah                                         - bil astro
      - cukai pintu                                          - bil telefon
 - baiki rumah                                         - bil yes
entertaiment
- bercuti, tgk wayang,
mkn luar, shopping time.. ;)

miscellaneous
- bagi kt parent
- hadiah
- masuk tabung
- ptptn

dulu sebelum aku kawen aku xrasa wat budget tu penting
kenkadang bler tgh bulan aku dah stat sesak
bagi lah gaji bape pun.. msti jadik negetif t
setelah berumah tangga aku merasakan budget family adalah penting
memandangkan mr hubby xsuker benda yg xteratur
termasuk dalam soal kewangan so setiap bln pasti ade budget
walaupun duwet gaji aku hanya tolak tuk kepentingan aku.. ekekeke!! ;)




p/s : berbelanja mengikut kemampuan
bkn berbelanja mengikut kemahuan..!! ;)


Make choices that will make your journey in life the best that it can be.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...