Aku dan lemon



lame aku stop mengarang.. masa xmengizinkan
bebanan kerja kadangkala memeningkan kepala
seriously!! dalam kepala aku ada satu benda jer skrg ni
i need a long holiday!!!
 
lupekan kejap bab keja
aku xtahu nk karang apa sbrnye..mmm.. okeh.. kita cte psl lemon laa
sbb aku dah addict gile ngan lemon. korang suke lemon x?
aku?? suke sangat..
lately ni kalu xde lemon rs cam something kurang jer
actually, bau lemon kan sedap..wangi tuh!!

sblm ni aku asyik buat detox jer.. masukkan lemon + pudina
simpan dalam peti sejuk.. esok pagi leh minum ..tp skrg..
aku dah suke sgt2 minum lemon suam
perghh!! memang lazat.. nak lagi best masukkan pudina sket
terasa segar jer.. ^^,



 
MEH NAK CITER KEBAIKAN LEMON

Lemon merupakan makanan berakali tinggi yang menakjubkan.
Percaya atau tidak, lemon bertindak sebagai asid sendiri,
tetapi di dalam badan kita ianya alkali
(asid sitrik tidak wujud sebagai asid semulajadi setelah metabolisme kita meningkat).
Jika anda ingin tahu, keseimbangan alkali dalam badan merupakan
kunci kepada kesihatan diri.

 Lemon kaya dengan Vitamin C dan juga Kalium (potassium) yang amat
diperlukan badan. Vitamin C juga bagus untuk melawan demam manakala
Kalium mampu melancarkan perjalanan fungsi dan perjalanan darah dengan betul.
Oleh yang demikian, amalkan meminum segelas air suam dicampur sehiris
lemon untuk dijadikan minuman selepas bangun tidur kerana ketika itu,
 perjalanan dan urat baru mula berasa tekanan kerja. 
 
Bagi mereka yang mempunyai masalah berat badan yang sedikit gempal,
amalkan meminum air lemon suam secara harian,
kerana lemon mepunyai khasiat serat pektin yang tinggi,
dimana ianya mampu melawan kelaparan.
Ianya juga menunjukkan bahawa mereka yang kekal alkali di dalam badan
 boleh mengurangkan berat badan dengan mudah.
 
 
Bagi mereka yang berasa ada makanan yang tersekat di ulu hati,
cuba tip ini, kerana air suam mampu melancarkan makanan yang tersekat di ulu hati,
 manakala lemon pula bertindak sebagai mineral dan vitamin
yang membantu perjalanan sistem penghadaman anda.
 
 Jus lemon membantu membuang bahan yang tidak diperlukan badan
kerana lemon menaikkan tahap kekerapan membuang air kencing dalam
satu-satu masa (ianya bagus untuk badan kerana kencing membuang toksik) .
 Oleh yang demikian, jika anda amalkan minum Jus lemon,
 tahap kebersihan air kencing anda akan meningkat dan sihat.
 
Lemon kaya dengan antioksidan yang menyahaktifkan radikal
bebas dan menghalang pelbagai penyakit berbahaya seperti strok,
penyakit kardiovaskular dan kanser.
 
Jus buah ini membantu menurunkan tekanan darah dan
meningkatkan paras kolesterol baik (HDL).
 
Titisan pati lemon pekat di dalam air panas dipercayai
dapat membersihkan sistem penghadaman dan hati.
 
Pengambilan jus sitrus ini membantu meningkatkan produksi antibodi di dalam
darah untuk menentang pelbagai jangkitan dan serangan mikroorganisma.
 
Kajian menemui khasiat anti-karsinogenik di dalam
lemon untuk merendahkan risiko kanser kolon, prostat dan payudara.
 Ia turut mencegah kerosakan metabolisme dalam sel yang akan
menukarnya menjadi karsinogenik.
 
Amalan menikmati jus lemon setiap hari membantu
mengurangkan masalah sakit colic dan gastrik.
 
Amalkan sesudu sirap lemon pekat sehari untuk mengubati asma.
Jus lemon amat sesuai diminum untuk mencegah dehidrasi dan kesan diarea.
Ia juga membantu memberikan cahaya keserian wajah.
 
Mengalami inflamasi lidah, stomatitis atau gingivitis di dalam mulut?
Amalkan meminum jus lemon untuk mengatasinya.
Berkumur dengan jus lemon juga dapat menyingkirkan plak,
memutihkan dan menguatkan enamel gigi.
Ia juga mengubati jangkitan tekak dan bagus untuk rawatan diphtheria.
 
Kebiasaannya, pati jus lemon digunakan untuk memerap makanan laut atau
 daging untuk membunuh bakteria dan organisma yang terdapat di dalamnya.
 
 
p/s: sbrnye banyak lagi kebaikan lemon ni tp yang lain2 tu.. korang google lah ye
aku nk sambung minum lemon panas
sgt nyummy!! (^,^)/
 

Make choices that will make your journey in life the best that it can be.

2 comments:

  1. fevret..salu mnm pagi dan sebelum tido.cuci perut hehe.kadang2 buat scrub dengan lemon ni..berkesan cerahkan kulit..;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa.. suke minum lemon sejak2 tahu kebaikan lemon ni.. nyumm ;)

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...