Gemuruh!!






dah 2-3 hari xkarang apa2 kt cni

bukan ape.. kursus la.. taklimat la..mcm2 lg laa
kadang-kadang rasa mcm xcukup jer masa
tu pasal xsempat aku nk mengarang tuh

sape kt cni cikgu??
aku?? dulu kecik2 mmg cita2 nk jadi cikgu
tp masa g ambik exam nk jadi cikgu..
 leh plak aku jawab memain jer.. rugi tol..  
aku main baling2 pemadam masa jwb soalan objektif
so kesudahannya.. xmsk la maktab.. 
aku msk uitm....dihatiku! 


aku sebenarnye berdebar2 nih
next week nk kena mengajar kt seremban
aku bkn cikgu tau korg.. tp trainer sementara jer..
dah la aku ni xbanyak pegalaman mengajar pun
tup tup next week aku nk kena ngajar lak
yg bestnye baru g blajar this week.. 
siap skip kelas lg sbb ade taklimat penting.. hiishh!!
yang buat lg berdebar2 bile tgk list senarai nama tuh
fuhh.. kecot perot cheq..!!


aku google2 td jumpe tips hilang rasa gemuruh nih
meh nk kongsi tips...!!

1. Pernafasan - lakukan pernafasan sehingga 30 kali 
 pastikan nafas yang disedut hingga ke pusat 
 tahan selama 7 saat dan hembuskan kembali. 

2. Persediaan dan latihan amat diperlukan. 
Persediaan apa sahaja isi atau bahan perlu dibuat.
Selepas itu anda boleh berlatih seorg di hadapan cermin.

3.Pastikan anda tersenyum.. senyum kan sedekah..!

4. Rasa gemuruh makin dilawan makin menjadi kesannya.
 Jadi anda perlu terima dalam keadaan tenang 
kerana ini cara badan anda untuk respon supaya 
anda dapat buat yang terbaik.
 Anggapkan rasa gemuruh sebagai 'kawan' 
dan bukanya lawan anda. Dengan cara ini anda akan dapat 
mengawal perasaan tersebut dengan lebih mudah

5. Sematkan kata-kata positif dalam diri anda 
bahawa anda yakin anda pasti boleh melakukan. 
Lakukan berulang dengan penuh emosi dan percaya diri

6. Tumpukan pada isi yang hendak anda sampaikan 
dan bukannya menumpukan perasaan apa yang orang 
lain akan katakan pada anda.
Jika tidak anda hanya akan wujudkan perasaan gelabah.

7. Hubungan mata sangat memainkan peranan penting 
dalam mempengaruhi tingkat keyakinan anda.
Elakkan dari bercakap dengan keadaan yang menunduk.

8. Persedian mental ialah anda memang benar-benar 
seronok untuk melakukan perbuatan tersebut,
 jadi anda perlu sampaikan dengan rasa excited tuh.

9. Teknik doa adalah paling berkesan seperti 
Doa Nabi Musa AS

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي

Nabi Musa berdoa dengan berkata: 
“Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku;
 “Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; 
“Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, 
“Supaya mereka faham perkataanku; 
( Surah Taha : 25 -27 )
Atau Ya Allah ilhamkan daku kecerdasan dan 
lindungilah aku dari sifat jahat nafsuku

10. Katakan pada diri anda bahawa apa sahaja yang 
anda buat walau apa sahaja kesilapan anda bersedia untuk 
menanggungnya atau redha terimanya.


p/s : Okey sampai cni dulu.. 
nk lebih tips korg kena google sendiri k.. heheheee
 Doakan next week berjalan lancar yer korg.. (^^,)



Make choices that will make your journey in life the best that it can be.

2 comments:

  1. Rilex sis. Insya-Allah akan dipermudahkan urusan. Remember, perkara yang akan dibawa ke alam kubur salah satunya ilmu. Tersebarnya ilmu dan dimanfaatkan oleh orang lain dah cukup untuk menggembirakan hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. tocey!!akan igt pesananmu ini.. sgt berharga..!! (^^,)

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...