Terimalah seadanya...

 Jika memancing ikan... setelah ikan itu terlekat di mata kail... hendaklah kamu mengambil ikan itu.. jangan sesekali kamu "lepaskan" ia semula ke dalam air begitu sahaja.. kerana ia akan "sakit" oleh bisanya ketajaman mata kailmu... dan mungkin ia akan "menderita selagi ia masih hidup...

Begitulah juga.... setelah kamu memberi banyak "penghargaan" kepada seseorang.. setelah ia mulai "menyayangimu" hendaklah kamu "menjaga" hatinya... jangan sesekali kamu meninggalkannya begitu sahaja.. kerana dia akan "terluka" oleh kenangan bersamamu dan mungkin "tidak" dapat "melupakan" segalanya selagi diamengingatimu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada... jangan terlalu mengharap pada takungannya.. dan janganlah menganggap ia begitu teguh.. cukuplah sekadar keperluanmu.. apabila ia retak.. tentu sukar untuk kamu menampalnya semula... akhirnya ia di buang.. sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi..

Begitulah juga jika kamu memiliki seseorang.."terimalah" seadanya.. janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.. anggaplah dia manusia biasa.. apabila sekali dia melakukan "kesilapan" bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya..akhirnya kamu "kecewa" dan meninggalkannya.. sedangkan jika kamu "memaafkannya" boleh jadi hubungan kamu akan "terus" hingga ke akhirnya...

Jika kamu memiliki sepinggan nasi.. yang kamu pasti untuk dirimu.. mengenyangkanmu.. mengapa kamu berlengah.. cuba mencari makanan yang lain... terlalu ingin mengejar kelazatan.. kelak.. nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.. kamu akan menyesal...

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.. yang pasti membawa "kebaikan" kepada dirimu.. "menyayangimu".. "mengasihimu".. mengapa kamu berlengah.. cuba "membandingkannya" dengan yang lain... terlalu mengejar kesempurnaan.. kelak.. kamu akan "kehilangannya" apabila dia menjadi milik orang lain.. kamu juga yang akan "menyesal"..

**Hidup biarlah jangan terlalu mencari yang sempurna.. blajarlah menerima seadanya...




Make choices that will make your journey in life the best that it can be.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...