Senyum..


Senyum..
Menyejukkan mata yang memandang..
Mencairkan hati yang hangat..
Senyum..
Mampu menjalinkan sebuah ikatan..
Mengeratkan sebuah kemesraan..
Dengan senyuman..
Boleh meruntuhkan sebuah tembok keegoan..
Harga sebuah senyuman terlalu mahal..
Dan harga senyuman itu..
Semakin mahal..
Bila mana aku tidak berpeluang..
Menatap senyuman itu lagi..


Make choices that will make your journey in life the best that it can be.

Cinta dalam hening...


Cinta adalah fitrah..sebuah anugerah tak terperih..


Karena cinta adalah kehidupan...
karena rasa itu adalah cahaya..
hidup tanpa cinta..bagaikan hidup dalam gelap gulita..
namun.. saat rasa itu menyapa..maka hadapi dgn anggun...
karena rasa itu ibarat belenggu pelangi...
dengan begitu banyak warna...
cinta terkadang membuatmu bahagia...
namun tak jarang membuatmu menderita...
cinta ada kalanya manis bagaikan gula..
namun juga mampu memberi pahit yang sangat getir...
cinta adalah perangkap rasa..
sekali kau salah berlaku...
maka kau akan terkungkung dalam waktu yang lama dalam lingkaran derita..

mencintailah dalam hening...dalam diam..
tak perlu kau lari...tak perlu kau hindari...
namun juga... jangan kau sikapi dgn berlebihan...
jangan kau umbar rasamu...
jangan kau tumpahkan segala sukamu...

renunglah sejenak dan fikirkan dgn tenang..
kita percaya takdir bukan? kita tahu dengan sangat jelas...
Dia..Allah telah mengatur segalanya dengan begitu rapinya?
jadi..apa yang kau risaukan?
biarkan Allah yg mengaturnya...
dan yakinlah di tangan-Nya semua akan baik-baik saja..

dia yang kau cinta..
belum tentu atau mungkin tak akan pernah menjadi milikmu..
dia yang kau puja..
yang kau ingat saat siang dan yang kau tangisi ketika malam..
akankah dia yang telah Allah takdirkan denganmu?

kita tak tahu dan tak akan pernah tahu..
hingga saatnya tiba..
maka... ingatkan pada dirimu...
tidakkah kau malu jika semua rasa telah kau umbar...
namun ternyata kelak bukan kau yg dia pilih untuk mendampingi hidupnya?..
karena cinta kita begitu agung untuk di umbar..
begitu mulia untuk di tampakkan..
begitu sakral untuk di tumpahkan..

maka cintailah dalam hening..
agar jika memang bukan dia yg ditakdirkan untukmu...
maka cukuplah Allah dan kau yg tahu segala rasamu..
agar kesucianmu tetap terjaga..
agar keanggunanmu tetap terbias..

pegang kendali hatimu..
jangan kau lepaskan..
acuhkan semua godaan yg menghampirimu..
cinta bukan untuk kau hancurkan...
bukan untuk kau musnahkan..
namun cinta hanya butuh kau kendalikan..
hanya cukup kau arahkan..

hanya waktu, sabar dan percaya yang kau perlukan..
maka..peganglah kendali hatimu...
lalu..arahkan pd Nya..
dan cintailah dalam diam..
dalam hening..
itu jauh lebih indah..
jauh lebih suci...

p/s: mungkin ku hanya cintai dia dalam hening!!!!




Make choices that will make your journey in life the best that it can be.

Perfect two


perfect two.. suker sgt2 lagu nie..1st time dgr hati trus jatuh cinta ngan lagu nie.. terfeeling..terjiwang..teremosi.. semua ade.. 
..You can be the hero and I can be your side kick
You can be the tear that I cry if we ever split
You can be the rain from the cloud when it's stormin'
Or you can be the sun when it shines in the mornin'...
selamat melayan... 



Make choices that will make your journey in life the best that it can be.

Jatuh cinta..


Jatuh cinta perkara biasa..
Apabila kita jatuh cinta pada seseorang..
itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu..
Tetapi kita kena ingat..
Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab
jatuh cinta atau saling cinta mencintai..
Bercouple mungkin..
Tetapi bukan berkahwin...
Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita..
Jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali..
Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah...
jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.."

"Allah itu Maha Adil"..
Dia tak pernah menzalimi hambaNya..
Sesungguh nya, yang selalu menzalimi
hambaNya ialah diri hamba tu sendiri..
Sebabnya hamba tu degil.
Dia mahukan yang bukan haknya..
yang bukan milik dia..
Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya..



Make choices that will make your journey in life the best that it can be.

Terimalah seadanya...

 Jika memancing ikan... setelah ikan itu terlekat di mata kail... hendaklah kamu mengambil ikan itu.. jangan sesekali kamu "lepaskan" ia semula ke dalam air begitu sahaja.. kerana ia akan "sakit" oleh bisanya ketajaman mata kailmu... dan mungkin ia akan "menderita selagi ia masih hidup...

Begitulah juga.... setelah kamu memberi banyak "penghargaan" kepada seseorang.. setelah ia mulai "menyayangimu" hendaklah kamu "menjaga" hatinya... jangan sesekali kamu meninggalkannya begitu sahaja.. kerana dia akan "terluka" oleh kenangan bersamamu dan mungkin "tidak" dapat "melupakan" segalanya selagi diamengingatimu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada... jangan terlalu mengharap pada takungannya.. dan janganlah menganggap ia begitu teguh.. cukuplah sekadar keperluanmu.. apabila ia retak.. tentu sukar untuk kamu menampalnya semula... akhirnya ia di buang.. sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi..

Begitulah juga jika kamu memiliki seseorang.."terimalah" seadanya.. janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.. anggaplah dia manusia biasa.. apabila sekali dia melakukan "kesilapan" bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya..akhirnya kamu "kecewa" dan meninggalkannya.. sedangkan jika kamu "memaafkannya" boleh jadi hubungan kamu akan "terus" hingga ke akhirnya...

Jika kamu memiliki sepinggan nasi.. yang kamu pasti untuk dirimu.. mengenyangkanmu.. mengapa kamu berlengah.. cuba mencari makanan yang lain... terlalu ingin mengejar kelazatan.. kelak.. nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.. kamu akan menyesal...

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.. yang pasti membawa "kebaikan" kepada dirimu.. "menyayangimu".. "mengasihimu".. mengapa kamu berlengah.. cuba "membandingkannya" dengan yang lain... terlalu mengejar kesempurnaan.. kelak.. kamu akan "kehilangannya" apabila dia menjadi milik orang lain.. kamu juga yang akan "menyesal"..

**Hidup biarlah jangan terlalu mencari yang sempurna.. blajarlah menerima seadanya...




Make choices that will make your journey in life the best that it can be.

Bersabarlah..



Terlalu banyak dugaan..
Datang tanpa henti..
Silih berganti..
Setiap masa..
Setiap saat aku di uji..
Sedih.. ku menangis..
Pedih.. ku terluka..
Air mata kering di pipi..

Aku pasrah atas ape yg telah terjadi..
Semuanya ketentuan Ilahi..
Sebagai hambaNya..
Aku yakin setiap yang terjadi..
Pasti ade hikmah tersendiri..




Bersabarlah..
Katakanlah pada diri....
Aku tidak sendiri..
Aku punya Allah yang selalu dekat denganku..
Aku perlu positif..
Aku perlu optimis..
Kalau bukan aku yang menggembirakan hatiku.. siapa lagi??


Make choices that will make your journey in life the best that it can be.

Walau..


Berjalanlah dengan penuh harapan

walau hidup ini tak selalu bahagia...

Sedekahlah satu senyuman
walau di hati tak mampu lagi bertahan...

Belajarlah memaafkan
walau diri terluka dan dikecewakan...

Berhentilah memberikan alasan
walau ingin menyatakan kebenaran...

Hiduplah dalam iman
Walau hari dipenuhi godaan...

Berpeganglah pada Allah
walau Dia tidak kelihatan...

Bukti kasihnya,
kita wujud di dunia pinjaman.






Make choices that will make your journey in life the best that it can be.

Hidup hendaklah selalu menghargai...



Saat bertemu dengan orang yang benar-benar engkau kasihi
haruslah berusaha untuk memperoleh kesempatan
untuk bersamanya seumur hidupmu
kerana ketika dia telah pergi
segalanya telah terlambat

dan kau akan terus di hantui kekesalan..

Saat bertemu teman yang dipercayai
usahlah di ragui ketika bersamanya
kerana seumur hidup manusia
teman sejati tidak mudah ditemui..

Saat bertemu dengan orang yang pernah engkau cintai
ingatlah dan tersenyum untuk berterima kasih kepadanya
kerana dialah orang yang membuat engkau lebih mengerti
tentang erti kasih..

Saat bertemu dengan orang yang pernah engkau benci
sapalah dia dengan tersenyumanmu 
kerana dia membuatkanmu semakin teguh dan kuat

dalam melalui pelbagai rintangan..

Saat bertemu dengan orang yang pernah mengkhianatimu 
baik-baiklah berbincang dengannya
kerana jika bukan kerana dia
hari ini engkau tak memahami rancah dunia ini...

Saat bertemu dengan orang yang pernah diam-diam kau cintai
berkatilah dirinya
kerana saat kau mencintainya 
bukankah kau berharap dia bahagia..

Saat bertemu dengan orang yang tergesa-gesa meninggalkanmu
berterima kasihlah kepadanya
kerana dia pernah ada dalam hidupmu
dia adalah sebahagian dari nostalgiamu..

HIDUP BIARLAH SELALU MENGHARGAI..

Terima kasih kepada yang pernah menjadi sebahagian nostalgiaku ....


Make choices that will make your journey in life the best that it can be.

Kawanku..



Kawan...
bila rasa ingin menangis..
Hubungilah aku..
Bukan aku nak suruh kau berhenti menangis...
Tapi mungkin aku boleh menangis bersamamu...

Kawan...
Jika terasa tiba2 nak melarikan diri...jauh dari masalah...
Hubungilah aku...
Aku tak akan suruh kau berhenti..
Tapi..mungkin aku akan berlari bersama kau agar masalah kau boleh selesai...

Tetapi kawan...
Jika suatu hari aku berdiam diri..
Aku tidak membalas messagemu..
Aku tidak angkat panggilan darimu...
Tiada khabar berita daripadaku...
Abadikan segala kenangan indah bersamaku dalam memorimu..

Kawan..
Jika antara kita ada tembok yang memisahkan, ajaklah aku meleraikannya segera..
Jika pernah hatimu terluka,luahkanlah agar aku berubah dan jika esok aku lena tanpa terjaga....
Iringilah lenaku dengan kalungan doa..
Kaulah kawanku...


Make choices that will make your journey in life the best that it can be.

Never Alone..



Entah kenapa malam nie ssh plak aku nk tdo..
maybe sbb besok cuti kut..
mata nie dari tadi xnk terlelap..mcm slalu laa..
kalu mata xnk lelap.. aku suker sgt baca blog2 org..
sambil2 tu aku melayan lagu tuk halwa telinga ku..
ade satu lagu tu dari tadi aku sik layan jer...
trase best la plak...
entah kenapa ..
trase damai n tenang jer biler dengar lagu nie..



Berkali-kali kau dengar pun xtrase jemu..
hermm..maybe sbb..lagu nie tentang..
never alone...
membuatkan aku sentiasa rasa d temani..
dan..di sayangi...
...♥♥♥...




Make choices that will make your journey in life the best that it can be.

Bila da suker..


L.O.V.E....besar ertinya tu...
semua org nk bercinta..
ape ader pada cinta???
smpaikan yang solo xsabar2 nk mengisi kekosongan hati...
kadang-kadang kita menipu diri sendiri,
tutup sebelah mata, trima segala2nya tanpe berpikir panjang…
betol orang-orang tua kata cinta itu buta...
buta dalam menilai mane satu intan dan permata..
bila dah suka. perangai buruk pon buat bodoh je..
sebabkan da berkenan, hati susah plak nk lepaskan..
hmmm..bukankah hati yang baik itu lg penting…
beriman kepada Tuhan yg di cari..
kadang2 aku tertanyer2 sendiri jodoh yg macam mane aku nk..
dalam usia yg semakin hari semakin berganjak ke angka lain..
banyak benda yg aku nak dari pasanganku.. tapi..
mane ade lelaki yg perfect.. aku sendiri pun xperfect..
hemm..sebenarnyer bukan mencari yg perfect yang penting..
saling melengkapi.. memahami.. itu yg utama..
senang crita..tepuk dada tanyer slera.. citarasa masing2 kan..
sebenarnya suka menyukai perkara biasa..
semua org ade perasaan..
semua org nk di kasihi..
kadang-kadang cinta tu buta..
tapi kalu dah jumpe yg betol ape salahnya..
perkara baik harus diteruskan..
nak hidup bersama bukan sekejap..
kalu bole biar sampai ke akhir hayat..


Make choices that will make your journey in life the best that it can be.

Hadiah besday...


Beberapa hari yang lalu aku sambut birthdayku .. hurghhh.. kejap jer mase berlalu.. sedar x sedar aku da lame aku ade kt muka bumi nie.. kenkadang trase semakin bertambah umur semakin bnyk komitmen yang kena ditempuhi. hermm.. xsuker cakap diri sendiri tua.. makin matang menempuhi ranjau berliku.Like my friend told me.. im not getting older,im just getting better..



Sempena birthdayku yang lalu..29 Ogos.. ramai sekali yang wish my birthday.. xsangka lak ramai kengkawan nk wish.. hepi sgt2 walaupun ade someone yang terlupa.. xpelah mungkin dia xsengaja. kadang2, rutin kerja harian membuatkan kita terlalu asyik fokus terhadap kerja. Kerja kan tanggungjawab. Amanah yang perlu dipikul semata2 nk mencari sesuap nasi.

Lupekan sekejap pasal keja.. nk tulis pasal birthday present.. agak truja dengan pemberian seseorg.. kawan baik. Xsangka lak dia nk bg adiah. Igtkan cukup lah sekadar lolilpop kegemaranku.. ipod! Agak truja sbb mmg berniat nk membeli dlm mase terdekat tp xsangka lak nk dpt free.. ^_^

Antara yang memikat hati aku yg ade kt ipod nie.. hahahhaa.. ade name n tarikh lahir aku.. wahh!! sgt2 truja...:) mmg sik nk tersenyum jerr....sgt2 suker.. thank a lot to u.. who give me this ipod.. i loike... much2 moreeEEeee...Hadiah nie sgt suweet sbb di letak dlm kotak warna putih n ade riben warna merah.. mmg class toll.. :)

Make choices that will make your journey in life the best that it can be.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...