Hidup hendaklah selalu menghargai...



Saat bertemu dengan orang yang benar-benar engkau kasihi
haruslah berusaha untuk memperoleh kesempatan
untuk bersamanya seumur hidupmu
kerana ketika dia telah pergi
segalanya telah terlambat

dan kau akan terus di hantui kekesalan..

Saat bertemu teman yang dipercayai
usahlah di ragui ketika bersamanya
kerana seumur hidup manusia
teman sejati tidak mudah ditemui..

Saat bertemu dengan orang yang pernah engkau cintai
ingatlah dan tersenyum untuk berterima kasih kepadanya
kerana dialah orang yang membuat engkau lebih mengerti
tentang erti kasih..

Saat bertemu dengan orang yang pernah engkau benci
sapalah dia dengan tersenyumanmu 
kerana dia membuatkanmu semakin teguh dan kuat

dalam melalui pelbagai rintangan..

Saat bertemu dengan orang yang pernah mengkhianatimu 
baik-baiklah berbincang dengannya
kerana jika bukan kerana dia
hari ini engkau tak memahami rancah dunia ini...

Saat bertemu dengan orang yang pernah diam-diam kau cintai
berkatilah dirinya
kerana saat kau mencintainya 
bukankah kau berharap dia bahagia..

Saat bertemu dengan orang yang tergesa-gesa meninggalkanmu
berterima kasihlah kepadanya
kerana dia pernah ada dalam hidupmu
dia adalah sebahagian dari nostalgiamu..

HIDUP BIARLAH SELALU MENGHARGAI..

Terima kasih kepada yang pernah menjadi sebahagian nostalgiaku ....


Make choices that will make your journey in life the best that it can be.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...