3 Year Already


 
10.11.12
3 tahun dah berlalu
syukur alhamdulillah..
siapa sangka sekejap jer dah 3 tahun
dari benci jadi sayang
walaupun kadangkala kita bercakaran macam kiki dan kira
(kucing2 aku bela tu la)
tp kasih sayang kita semakin hari semakin utuh
thank abg for everything!!
 
selamat ulangtahun perkahwinan yang ke 3 ;)
 
 
U're everything to me!
 
Husband..!
Who has shown me what love really is
Who is the reason for my happy days & comfort in my sad ones
Who cheers my successes
Who encourages me in failures
My Lover
My Confidant
My Best Friend

U're The Man Of My Life
The King Of My Dreams
The Mate Of My Soul
  
 
I love u so much Mr Rohaizad Rozali 
to the moon and back!!
semoga perkahwinan kita sentiasa bahagia
 dan berkekalan hingga ke jannah..amin!!
('',)
 

Make choices that will make your journey in life the best that it can be.

Aku dan lemon



lame aku stop mengarang.. masa xmengizinkan
bebanan kerja kadangkala memeningkan kepala
seriously!! dalam kepala aku ada satu benda jer skrg ni
i need a long holiday!!!
 
lupekan kejap bab keja
aku xtahu nk karang apa sbrnye..mmm.. okeh.. kita cte psl lemon laa
sbb aku dah addict gile ngan lemon. korang suke lemon x?
aku?? suke sangat..
lately ni kalu xde lemon rs cam something kurang jer
actually, bau lemon kan sedap..wangi tuh!!

sblm ni aku asyik buat detox jer.. masukkan lemon + pudina
simpan dalam peti sejuk.. esok pagi leh minum ..tp skrg..
aku dah suke sgt2 minum lemon suam
perghh!! memang lazat.. nak lagi best masukkan pudina sket
terasa segar jer.. ^^,



 
MEH NAK CITER KEBAIKAN LEMON

Lemon merupakan makanan berakali tinggi yang menakjubkan.
Percaya atau tidak, lemon bertindak sebagai asid sendiri,
tetapi di dalam badan kita ianya alkali
(asid sitrik tidak wujud sebagai asid semulajadi setelah metabolisme kita meningkat).
Jika anda ingin tahu, keseimbangan alkali dalam badan merupakan
kunci kepada kesihatan diri.

 Lemon kaya dengan Vitamin C dan juga Kalium (potassium) yang amat
diperlukan badan. Vitamin C juga bagus untuk melawan demam manakala
Kalium mampu melancarkan perjalanan fungsi dan perjalanan darah dengan betul.
Oleh yang demikian, amalkan meminum segelas air suam dicampur sehiris
lemon untuk dijadikan minuman selepas bangun tidur kerana ketika itu,
 perjalanan dan urat baru mula berasa tekanan kerja. 
 
Bagi mereka yang mempunyai masalah berat badan yang sedikit gempal,
amalkan meminum air lemon suam secara harian,
kerana lemon mepunyai khasiat serat pektin yang tinggi,
dimana ianya mampu melawan kelaparan.
Ianya juga menunjukkan bahawa mereka yang kekal alkali di dalam badan
 boleh mengurangkan berat badan dengan mudah.
 
 
Bagi mereka yang berasa ada makanan yang tersekat di ulu hati,
cuba tip ini, kerana air suam mampu melancarkan makanan yang tersekat di ulu hati,
 manakala lemon pula bertindak sebagai mineral dan vitamin
yang membantu perjalanan sistem penghadaman anda.
 
 Jus lemon membantu membuang bahan yang tidak diperlukan badan
kerana lemon menaikkan tahap kekerapan membuang air kencing dalam
satu-satu masa (ianya bagus untuk badan kerana kencing membuang toksik) .
 Oleh yang demikian, jika anda amalkan minum Jus lemon,
 tahap kebersihan air kencing anda akan meningkat dan sihat.
 
Lemon kaya dengan antioksidan yang menyahaktifkan radikal
bebas dan menghalang pelbagai penyakit berbahaya seperti strok,
penyakit kardiovaskular dan kanser.
 
Jus buah ini membantu menurunkan tekanan darah dan
meningkatkan paras kolesterol baik (HDL).
 
Titisan pati lemon pekat di dalam air panas dipercayai
dapat membersihkan sistem penghadaman dan hati.
 
Pengambilan jus sitrus ini membantu meningkatkan produksi antibodi di dalam
darah untuk menentang pelbagai jangkitan dan serangan mikroorganisma.
 
Kajian menemui khasiat anti-karsinogenik di dalam
lemon untuk merendahkan risiko kanser kolon, prostat dan payudara.
 Ia turut mencegah kerosakan metabolisme dalam sel yang akan
menukarnya menjadi karsinogenik.
 
Amalan menikmati jus lemon setiap hari membantu
mengurangkan masalah sakit colic dan gastrik.
 
Amalkan sesudu sirap lemon pekat sehari untuk mengubati asma.
Jus lemon amat sesuai diminum untuk mencegah dehidrasi dan kesan diarea.
Ia juga membantu memberikan cahaya keserian wajah.
 
Mengalami inflamasi lidah, stomatitis atau gingivitis di dalam mulut?
Amalkan meminum jus lemon untuk mengatasinya.
Berkumur dengan jus lemon juga dapat menyingkirkan plak,
memutihkan dan menguatkan enamel gigi.
Ia juga mengubati jangkitan tekak dan bagus untuk rawatan diphtheria.
 
Kebiasaannya, pati jus lemon digunakan untuk memerap makanan laut atau
 daging untuk membunuh bakteria dan organisma yang terdapat di dalamnya.
 
 
p/s: sbrnye banyak lagi kebaikan lemon ni tp yang lain2 tu.. korang google lah ye
aku nk sambung minum lemon panas
sgt nyummy!! (^,^)/
 

Make choices that will make your journey in life the best that it can be.

Marah ke Berangin...!!!


Semua orang biasa marah
tipu lah weh kalu ko xpenah marah
aku xsuke marah2..tp org suker buat aku marah
abis camner la aku xmarah2.. >,<
 
Reaksi seseorang bila sedang marah 
korang akan nampak
warna mukanya bertukar merah,
urat-urat lehernya menegang,
tubuh badan seakan-akan menggigil kerana geram,
suara menjadi nyaring manakala lidah mula mengeluarkan perkataan yang buruk sama ada mengutuk atau mengeji..!
 
meh aku bagi tips sket utk korang kawal marah korang tu
kadang2 tp selalunya la..
lepas marah mula la rasa menyesal tu menular dalam diri
sblm itu terjadi meh tgk tips kawal marah aku
aku cedok google jer.. ^,^
 
NIH TIPS KAWAL MARAH.. KORANG BOLEH AMALKAN KALU NAK LA
 
(1) KORANG KENA BERTENANG
tarik nafas dalam2 pastu hembus pelan2..
ulang 2-3 kali tarik n hembus nafas tu 
kosongkan fikiran korang jgn fikirkan marah korang tuh.
 
 
(2)BAYANGKAN SESUATU YANG SERONOK
Try imagine satu suasana yang indah dan mendamaikan
 macam suasana angin sepoi bahasa di tepi pantai atau bunyi air terjun yang menderu indah.
 
(3) BAYANGKAN MUKA KITA TENGAH MARAH
TRy imagine betapa buruknya rupa kita ketika sedang marah.
Kalau tak percaya sila tengok cermin bila tgh marah
 ada macam nora danish??
kalu ade mmg boleh marah hari2..
 
(4)KOMUNIKASI YANG BAIK
Bila tgh marah mmg kita akan buat kesimpulan selalunya tak tepat
 Jika menghadapi perbincangan hangat yang mencetuskan kemarahan, 
cb bertenang dan jgn buat keputusan ketika marah.
 Jadilah pendengar yang baik pada perkara2 yg menyebabkan kemarahan.
 
(5)MENGUCAPKAN TA'AWUZ
"A'uzu billahi minassyaithanirrajim "
 sesungguhnya Marah itu dpd syaitan
Maka berlindunglah dgn Allah dari kejahatannya.
 
(5) LAKUKAN SESUATU UNTUK KAWAL MARAH
Duduk jika sdg berdiri, berbaringlah jika dia sdg duduk,
kalu tak hilang juga kemarahan
maka hendaklah mengambil wudhuk (air sembahyang)
 
 
kalu semua tips kt atas tak berjaya juga lah kan
ape kata korang tdo jer.. confirm hilang rasa marah tu nnt
 
 
p/s :: Belajar lah untuk memaafkan,
Berikanlah maaf agar kita juga mudah dimaafkan..
adios amigos next time update lagi..!!



 

Make choices that will make your journey in life the best that it can be.

New Year VS Kucing



new year mende..
dah masuk februari dah oii
nampak sgt aku lame x berbloging
 kalu aku nk hapdet blog pun makan bulan
terlepas nk update new year aku.. hakhak!
konon-konon akan sentiasa hapdet
cett!! masa memang mengejar aku.. kekekee
 
selama aku xupdate blog ni
macam-macam hal terjadi
dari gi keja pkai baju terbalik
sampai lah migrain aku datang balik
okeeeh..bab baju terbalik tu serius tak tipu
sib baik sendiri yang sedar
tuh pun dah dekat lunch hour baru sedar
kalu org tegur.. mampus jadi bahan gelak la kt opis tuh!!
ekekeeee.. mmg dah makcik2 ni.. baju pun leh terbalik
 
harini xmo stress2 lagi
pedihnye telinga dengar doktot bebel2
"tingginyeeeeeeeeeeee tekanan darah awak!!"
sowi lah doktot.. cheq stress!!
 
 
korang suker kucing x??
aku?? dulu suka camtu camtu jer
sampai la 1 hari tu aku balik kg nun di kedah
asben aku decide nak ambik anak kucing atok aku
skrg aku dah ade sepasang
DLH + Parsian
sonok weh bela kucing ni
aku rs ni lah pengubat stress aku skrg ni
asal aku lpk tgk tv jer mula la datang duk kt riba..
manjat2.. gesel2 muka.. aiii rs disygi lak
sib baik aku x elergic
 
 
 kiki si jantan n kira si betina
tuh nama kucing aku.. kiki..kira..
saje cari sepasang nak bagi kawan
 
 
korang tgk sendiri lah video diorg bermesra
padahal sebelum ni asyik berperang jer
nih tetiba jer sekarang dah berbaik lak
^,^
 
 
ni aku nk kongsi pasal kucing
aku pun cedok kt tenet jer
 
 
 
p/s : kalu mase tidak mencemburui aku t aku hapdet lagi
aku syg blog aku wehh..
cni tempat mencurah segala rasa
dari 2010 kut.. adios amigosss!!
 
 

Make choices that will make your journey in life the best that it can be.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...