TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 1 - KUNGFU PANDA (MPU 3323)

Objektif utama adalah untuk membincangkan sumbangan tamadun China kepada peradaban dunia pada masa kini dan nilai-nilai murni yang diperolehi daripada tamadun China tersebut.

SUMBANGAN TAMADUN CHINA

Tamadun China adalah satu tamadun yang paling besar dan paling banyak menyumbang serta mempengaruhi dunia didalam pelbagai aspek sama ada fizikal atau spiritual. Berdasarkan daripada video kung fu panda yang penulis tontoni, penulis mendapati terdapat beberapa sumbangan yang jelas daripada video tersebut terhadap tamadun China kepada peradan dunia yang masih kekal relevan sehingga kini.

Sumbangan yang pertama adalah dari segi perniagaan. Didalam video kung fu panda tersebut, jelas menunjukkan keluarga Po berniaga untuk kelangsungan hidup. Dapat penulis kaitkan disini, sehingga kini di dunia bahkan di Malaysia juga terdapat banyak premis-premis kedai dan perniagaan yang dimiliki oleh pelbagai kaum. Perniagaan ini dijadikan mata pencarian untuk menampung kehidupan sendiri, keluarga dan masyarakat. Ini disebabkan melalui perniagaan pelbagai peluang pekerjaan dibuka kepada masyarakat. Selain itu, konsep perniagaan ini juga diwarisi atau diteruskan legasinya secara turun temurun oleh keluarga yang kekal dilaksanakan sehingga ke masa kini. Ianya bukan sahaja amalkan oleh kaum Cina bahkan diamalkan oleh semua kaum, bangsa dan agama. Pewaris akan menyambung tradisi meneruskan perniagaan apabila pelopor perniagaan tersebut meninggal dunia (Badrul Kamal Zakaria, 2017). Tradisi meneruskan legasi perniagaan ini bukan sahaja dipraktis di Malaysia tetapi turut diamalkan di seluruh dunia.

Sumbangan kedua tamadun China yang masih relevan sehingga kini adalah dari segi penggunaan mercun dan bunga api.  Mercun dan bunga api adalah bahan letupan yang dicipta daripada serbuk letupan oleh ahli alkimia Toisme dari tamadun China untuk mewujudkan posyen keabadian (Moustapha Abbas, 2020). Namun kini, seluruh dunia menggunakan mercun dan bunga api untuk pelbagai tujuan. Seiring dengan peredaran zaman, mercun dan  bunga api juga telah dimodenkan. Kebiasaannya, ianya digunakan untuk menyambut sesuatu perayaan, keramaian dan mewujudkan kemeriahan suasana sesesuatu acara. Contohnya, penggunaan bunga api secara besar-besaran diseluruh dunia termasuk di Malaysia ketika sambutan ambang tahun baru. Aktiviti tersebut bertujuan memupuk keharmonian dan mengukuhkan perpaduan sesama masyarakat (Ruwaida Md Zain, 2020). Selain itu, mercun dan bunga api seringkali dimainkan terutamanya ketika sambutan hari raya sama ada Hari Raya Puasa, Deepavali atau Tahun Baru Cina. Mercun juga digunakan oleh masyarakat Cina pada sambutan Tahun Baru Cina bertujuan menghalau hantu dan nasib malang (Nur Salihah Ismail dan Yew V.W.C, 2018). Penggunaan mercun dan bunga api kini dilihat meluas digunakan sama ada di Malaysia atau diseluruh dunia.

Pertunjukkan bunga api di bandar Dubai, UAE.

Sumbangan ketiga yang masih relevan penggunaannya sehingga kini ialah dari segi kesenian iaitu penggunaan seramik. Seramik mengikut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka (Edisi Keempat) bermaksud bahan keras atau rapuh yang diperbuat dari tanah liat melalui proses pembakaran. Seramik kebiasaannya digunakan untuk membuat tembikar, pinggan, mangkuk dan cawan. Bahkah, kaum melayu di Malaysia turut terpengaruh dengan penggunaan seramik iaitu pembuatan labu sayung. Kini penggunaan seramik telah dimodenkan seiring dengan peredaran zaman. Ianya banyak digunakan sebagai perhiasan rumah untuk menampilkan keunikan dan citarasa tersendiri. Seramik kini bukan sahaja digunakan untuk ruangan dapur bahkan turut dijadikan sebagai cenderahati dalam pelbagai majlis dan sering mendapat tempat dikalangan masyarakat kerana keunikan dan kepelbagaian rekaannya (Hartini Mohd Nawi, 2015). Transformasi penggunaan teknologi moden dalam proses pembakaran dan rekabentuk yang pelbagai selari dengan gaya hidup terkini menjadikan seramik kembali digilai masyarakat (Hartini Mohd Nawi, 2015). Seramik kini bukan sahaja di minati di Malaysia tetapi turut digilai oleh masyarakat diluar negara. Bahkan, harga seramik kini boleh mencecah sehingga ratusan ringgit Malaysia.

Tamadun China merupakan satu tamadun yang mempunyai ciri-ciri yang agak unik serta kaya dengan pelbagai penciptaan dan penemuan. Oleh yang demikian, penulis mendapati terdapat pelbagai sumbangan yang masih kekal relevan dan berkembang seiring dengan peredaran zaman. Sumbangan-sumbangan tamadun China masih dapat dinikmati oleh semua generasi penduduk dunia walaupun pada zaman berteknologi ini.

NILAI-NILAI MURNI

Terdapat beberapa nilai-nilai murni yang dapat diambil sebagai panduan daripada tontotan video yang diberikan untuk diaplikasikan sebagai pelajar atau pekerja di Malaysia kini. Penulis sebagai seorang anggota kerja dan pelajar sentiasa sedar bahawa nilai-nilai murni amat penting bagi kerjaya seorang pekerja mahupun pelajar yang berjaya. Tugasan 1B ini membolehkan penulis membincangkan berkaitan nilai-nilai murni seorang pekerja. Sesebuah syarikat atau organisasi pasti mempunyai nilai-nilai murni tersendiri yang menjadi teras syarikat tersebut.

Nilai-nilai murni seorang pekerja yang pertama ialah bekerjasama antara satu sama lain. Mengikut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka (Kamus Pelajar Edisi Kedua) bekerjasama bermaksud bekerja bersama-sama dan tolong-menolong atau bergotong-royong. Ia adalah satu usaha yang dilakukan bersama-sama atau saling membantu antara dua atau melibatkan beberapa pihak yang saling bergantungan dari segi kepakaran, pengetahuan, kemahiran dan keupayaan masing-masing (Mohd Akmal Masud, 2013). Walaupun seorang pekerja yakin pada diri sendiri dalam melakukan sesuatu pekerjaan, kadangkala kejayaan tidak akan berlaku tanpa pertolongan atau bantuan daripada pekerja lain. Contohnya, seorang pekerja diarahkan untuk menganjurkan sesebuah program bagi syarikat beliau bekerja. Pekerja yang memegang jawatan sebagai ketua program perlu menubuhkan jawatankuasa tertentu untuk mengendalikan program tersebut. Kejayaan program tersebut akan dapat dikecapi apabila pekerja ini bekerjasama bersama dengan anggota kerja lain yang terlibat secara langsung atau tidak langsung didalam program tersebut. Bekerjasama dalam melaksanakan tugas secara harmoni dan semangat berpasukan adalah penting bagi syarikat untuk terus berkembang maju kehadapan.

Hormat menghormati merupakan nilai-nilai murni yang kedua yang boleh diaplikasikan didalam pekerjaan. Hormat boleh ditakrifkan sebagai perbuatan yang menunjukkan rasa khidmat atau takzim kepada seseorang mengikut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka (Kamus Pelajar Edisi Kedua). Hormat menghormati amat penting didalam kontek seorang pekerja. Seorang pekerja yang ingin dihormati perlu memberi penghormatan bukan kepada orang yang lebih tinggi pangkatnya bahkah kepada semua orang (Azimah, 2020). Ini bagi memastikan setiap pekerja dapat bekerja didalam keadaan selesa, aman dan damai. Selain itu, jika pekerja saling menghormati ia akan menjadikan lingkungan tempat kerja yang lebih selesa dan kondusif. Bahkan, pekerja juga tidak akan mendiskriminasi pekerja lain. Keadaan ini sekaligus meningkatkan produktivi dan mengurangi konflik dikalangan pekerja. Apabila pekerja sesama pekerja atau pihak atasan saling hormat menghormati ianya secara tidak langsung akan mengurangi stress ditempat kerja sekaligus ianya akan meningkatkan hubungan baik sesama anggota kerja disesebuah syarikat.

Nilai-nilai murni yang ketiga adalah bertanggungjawab. Mengikut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka (Kamus Pelajar Edisi Kedua) tanggungjawab ialah sesuatu seperti kerja atau tugas yang mesti dilakukan ataupun kewajipan. Sifat tanggungjawab ini harus dimiliki oleh setiap pekerja kerana banyak manfaat yang diperolehi daripadanya. Seorang pekerja yang bertanggungjawab akan jarang melakukan kesalahan. Pekerja yang bertanggungjawab akan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan oleh syarikat atau organisasi. Contohnya, waktu bekerja di sesebuah syarikat atau organisasi bermula jam 8:00 pagi, pekerja yang bertanggungjawab akan memastikan beliau sampai ditempat kerja sebelum waktu berkerja bermula. Selain itu, pekerja yang bertanggungjawab akan sentiasa memberi komitmen yang tinggi terhadap syarikat atau organisasi sekaligus akan meningkatkan produktiviti syarikat atau organisasi berkenaan melalui tanggungjawab yang dipikul (Ismail Sualman, 2019).

Kesimpulannya, setiap pekerja dinegara ini mestilah sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni didalam diri masing-masing. Ini kerana terdapat banyak kepentingan nilai-nilai murni yang dapat dipraktiskan didalam diri sendiri untuk diaplikasi didalam bidang pekerjaan. Hasilnya, syarikat atau organisasi akan memiliki pekerja yang produktif dan berkualiti bukan sahaja kepada syarikat atau organisasi itu sendiri bahkan berkualiti dan produktif kepada negara.

3 DIALOG DARI VIDEO

Hasil daripada tontonan video kungfu panda untuk tugasan ini, penulis mendapati terdapat beberapa diolog yang penulis rasakan kelakar, memberi manfaat, mempunyai nilai-nilai murni dan terdapat juga beberapa dialog yang menyentuh perasaan penulis. Tugasan 1C ini memerlukan penulis untuk fokus kepada 3 dialog yang menyentuh perasaan penulis. Diantara dialog yang menyentuh perasan penulis adalah seperti berikut.

Sedutan video kung fu panda minit ke 00:04:08

Dialog pertama yang menyentuh hati penulis adalah babak pada minit 00:04:08 yang membicarakan ayat berikut. ‘Ini satu pertanda baik, Po.’ Penulis tersentuh hati dengan kata-kata ini kerana keriang ayah Po tersebut ketika mendapat tahu tentang mimpi anaknya. Mimpi yang berkait dengan impiannya. Ini disebabkan keterujaan seorang ayah apabila merasakan impiannya selama ini hampir tercapai. Ayah Po tersebut telah lama berharap agar perniagaannya akan terus disambung legasi oleh waris beliau. Beliau merasakan minat anaknya sama seperti impiannya sedangkan anaknya mempunyai minat lain. Niat anaknya menipu hanya untuk memastikan mimpi sebenar tidak diketahui oleh ayahnya.  Hakikatnya, si ayah telah ditipu oleh anak beliau sendiri. Penipuan ini dan keterujaan ayah membuatkan penulis tersentuh perasaan apabila menonton babak ini.

Sedutan video kung fu panda minit ke 01:11:50

Dialog kedua yang menyentuh perasaan penulis adalah babak pada minit 01:11:50.  ‘Saya lebih rela mati!’. Dialog ini diungkapkan oleh Guru Shifu ketika beliau diserang dan berlawan dengan musuh yang paling disayangi iaitu bekas anak muridnya. Demi melindungi scroll penting daripada jatuh ke tangan musuh Guru Shifu sanggup berjuang ke akhir hayat. Ini menunjukkan sifat amanah dan tanggungjawab yang digalas oleh Guru Shifu tersebut lebih penting daripada nyawanya sendiri. Beliau sanggup berkorban supaya musuhnya tidak berjaya mencapai impian mereka. Sifat amanah dan tanggungjawab yang digalas oleh Guru Shifu ini yang menyebabkan penulis tersentuh perasaan ketika menonton dialog ini.

Sedutan video kung fu panda minit ke 01:20:42

Dialog yang terakhir yang menyentuh perasaan penulis adalah babak pada minit 01:20:42. ‘Itu anak saya. Kesatria kung fu gendut itu anak saya.’ Ayah yang sangat teruja memberitahu semua orang yang berada disitu mengenai anaknya sangat menyetuh perasaan penulis. Ayah Po tetap menerima dengan bangga walaubagaimapun rupa bentuk fizikal anaknya jauh lebih besar daripadanya.  Penulis tersentuh perasaan kerana ayah Po berasa berasa bangga dengan kejayaan Po walaupun sebelum ini beliau mengkehendaki Po untuk meneruskan perniagaannya daripada menjadi kesatria. Ini membuktikan kasih sayang seorang ayah kepada anaknya tidak akan goyah walaupun impian ayah tidak tercapai. Ini juga menunjukkan bahawa sokongan padu seorang ayah kepada impian anaknya.

Penulis merasakan terdapat banyak dialog yang menyentuh perasaan penulis daripada sedutan video kung fu panda ini. Namun, ketiga-tiga dioalog yang penulis berikan merupakan dialog yang paling menyentuh perasaan dan melekat dihati penulis.

KESIMPULAN

Secara ringkasnya, penulis merasakan bahawa tamadun China terus berkembang seiring dengan peredaran zaman. Walaupun di tahun 2020 ini, masih terdapat pebagai keunikan tersendiri yang berkait rapat dengan tamadun China. Hasil daripada tontonan video kung fu panda tersebut, penulis mendapati terdapat pelbagai kebaikan dan manfaat yang dibawa oleh tamadun China kekal sehingga ke harini.

Secara zahirnya, penulis melihat ekonomi dunia kini banyak bergantung kepada kepesatan dan kemajuan tamadun China sebagai salah satu kuasa hegemoni didunia dalam pelbagai bidang seperti bidang ekonomi dan keselamatan (Rusdi Omar, 2006). Penulis melihat, sektor-sektor ekonomi terus berkembang maju dengan pelbagai teknologi terkini. Bahkan, negara China kini mempunyai hubungan kuasa luar hampir dengan seluruh negara didunia termasuklah di Malaysia. Hasil daripada hubungan luar ini bukan sahaja memberi manfaat kepada negara luar bahkan memberi kesan positif kepada negara China sendiri. Negera China merupakan negera yang memiliki keunggulan iaitu dari bidang ekonomi dan kententeraan yang menjadi negara yang melaksanakan sistem monopoli dan dominasi (Rusdi Omar, 2006). Oleh yang demikian, banyak inovasi berkaitan tamadun China telah tersebar ke seluruh dunia

Manakala dari segi nilai-nilai murni pula, penulis mendapati nilai-nilai murni tersebut adalah penting untuk diamalkan oleh setiap individu didalam kehidupan. Ini disebabkan, apabila sesebuah negara mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi ianya secara tidak langsung akan mewujudkan negara yang sihat dan aman. Sebagai generasi muda, nilai-nilai murni ini akan membantu mewujudkan sesebuah tamadun untuk terus bergerak seiring peredaran zaman untuk menjadi sebuah tamadun yang lebih baik. Jesteru itu, adalah penting untuk masyarakat terus mengamalkan nilai-nilai murni untuk dijadikan contoh kepada generasi akan datang.

INFOGRAFIK


RUJUKAN

Azimah, (2020,Mac 13), Tak susah pun hendak dihormati dan disukai di tempat kerja. Ada 10 cara mudah. Sinar Harian. Diambil daripada https://sinarplus.sinarharian.com.my/fyi/tak-susah-pun-hendak-dihormati-dan-disukai-di-tempat-kerja-ada-10-cara-mudah/
Badrul Kamal Zakaria, (2017, Januari 1), Legasi perniagaan Hanipah, Kasan dan Wah San diteruskan dengan resipi asal. Berita Harian Online. Diambil daripada https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2017/01/229055/legasi-perniagaan-hanipah-kasan-dan-wah-san-diteruskan-dengan-resipi-asal
Ghazali Darusalam, (2019, Ogos), MPU3323 Tamadun Islam dan Tamadun Asia 1, Open University Malaysia.
Hartini Mohd Nawi, (2015, November 21), Fungsi Seramik Dipelbagai. Harian Metro. Diambil daripada https://www.hmetro.com.my/node/94588
Ismail Sualman, (2019, Mei 1), Pekerja bermotivasi lonjak produktiviti. Berita Harian Online. Diambil daripada https://www.bharian.com.my/kolumnis/2019/05/559033/pekerja-bermotivasi-lonjak-produktiviti
Mohd Akmal Masud, (2013, Jun), Pembangunan Kemahiran Kerja Berpasukan Menerusi Kursus Pengurusan Kokurikulum Dalam Kalangan Pelajar Sarjana Pendidikan Teknik Dan Vokasional Uthm. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. pp.1-24
Moustapha Abbas, (2020, Julai 12), Ciptaan-Ciptaan Tamadun China Yang Mengubah Dunia, The Patriots Asia. Diambil daripada https://www.thepatriots.asia/ciptaan-ciptaan-tamadun-china-yang-merubah-dunia/
Nur Salihah Ismail & Yew V.W.C, (2018 Mac), Pantang Larang Tahun Baru Cina Komuniti Baba Melak, Jurnal Wacana Sarjana Jilid 2 (1), pp.1-17



Make choices that will make your journey in life the best that it can be.

PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA - BBPB2103

FUNGSI PENGURUSAN SUMBER MANUSIA 

Sumber manusia merupakan kakitangan atau pekerja yang bekerja atau berkhidmat dalam sesebuah organisasi. Sebuah organisasti tidak dapat wujud tanpa sumber manusia yang menguruskannya. Jesteru itu wujudlah pengurusan sumber manusia. Pengurusan sumber manusia adalah termasuk penggabungan suluruh tenaga kerja dari pelbagai bidang dalam mencapai matlamat bersama (Bohlander, 2001).  Pengurusan sumber manusia ditakrifkan sebagai fungsi yang dilaksanakan bagi membantu organisasi dalam penggunaan pekerja secara menyeluruh bagi mencapai matlamat organisasi serta individu.

Fungsi pengurusan sumber manusia merupakan rujukan dalam perlaksanaan tugasan dan kerja supaya tanggungjawab sumber manusia dan organisasi dapat dilakukan dengan selaras. Fungsi pengurusan sumber manusia tidak terbatas hanya dalam penyimpanan rekod pekerja atau mengemaskini fail pekerja. Malahan, pengurusan sumber manusia bertindak melaksanakan aktiviti yang pelbagai supaya matlamat organisasi dapat dicapai dengan lebih berkesan dan menyeluruh. Fungsi-fungsi utama pengurusan sumber manusia adalah penstafan, pembangunan sumber manusia, pampasan dan manfaat, keselamatan dan kesihatan dan perhubungan pekerjaan.


     Lima fungsi utama pengurusan sumber manusia

Fungsi yang dipilih dalam melakukan tugasan ini adalah Fungsi Pembangunan Sumber Manusia. Pembangunan sumber manusia  merupakan suatu proses bagi membangunkan dan menyerlahkan potensi manusia melalui cara seperti latihan dan pembangunan dengan tujuan untuk meningkatkan prestasi pekerja dan organisasi. Ianya juga dapat ditafsirkan sebagai satu langkah atau usaha dalam melatih dan membimbing sumber manusia didalam sesebuah organisasi (Nir Mala Riduan, 2002). Pembangunan sumber manusia ditakrifkan sebagai aktiviti yang terancang dan bersistem oleh organisasi dalam penyediaan peluang kepada tenaga kerja dalam memenuhi keperluan tugasan dan kerja yang diamanahkan (Balakrishnan, 2007).

Tujuan

Pembangunan sumber manusia berkait rapat dengan persoalan bagaimana untuk memahami sumber manusia serta membangunkan kemahiran dan kepakaran mereka agar dapat memberi sumbangan yang efisien dan berkesan terhadap organisasi.

Tujuan pembangunan sumber manusia diadakan adalah supaya tenaga kerja lebih bersedia dalam menghadapi perubahan dan kemajuan dalam organisasi. Pembangunan sumber manusia wujud bertujuan untuk mencapai sebarang perubahan meliputi perubahan dalam kemahiran, pengetahuan, pengalaman serta tingkahlaku bagi membantu memaksimumkan keupayaan tenaga kerja dan memahami matlamat organisasi dan matlamat diri dengan lebih baik (Barry, 1994).

Bagi sebuah syarikat besar seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), pembangunan sumber manusia adalah amat penting bagi meningkatkan pengalaman, pengetahuan serta kemahiran tenaga kerja. Sejajar dengan perubahan dan kemajuan teknologi, sistem dan prosedur syarikat dalam mengendalikan sesuatu tugasan atau kerja juga turut berubah. Justeru itu, tenaga kerja perlu menyesuaikan diri dengan sistem dan prosedur terkini yang ditetapkan oleh syarikat. Sesuai dengan konsep organisasi pembelajaran, pembangunan sumber manusia penting dalam menyediakan tenaga kerja dengan pengetahuan dan kemahiran bagi memenuhi tuntutan sedia ada dan tuntutan di masa akan datang. Para pekerja boleh bersedia secara maksima dalam memenuhi keperluan mengikut perubahan dan kemajuan TNB.

Tambahan, TNB juga menitikberatkan pembangunan sumber manusia supaya dapat membantu pekerja sedia ada bekerjasama dengan pekerja baru dalam mengendalikan sesuatu tugasan dengan lebih efisien. Penambahbaikan juga boleh dibuat semasa perlaksanaan pembangunan sumber manusia. Selain itu, pembangunan juga perlu ketika syarikat mengupah pekerja baru. Ini supaya pekerja baru boleh beradaptasi dengan lebih baik dengan organisasi dan pekerja sedia ada.

Komponen-Komponen Utama

Pembangunan sumber manusia adalah komponen penting di dalam sesebuah organisasi tanpa mengira saiz organisasi tersebut. Terdapat lima komponen penting didalam pembangunan sumber manusia. Komponen-komponen tersebut ialah suai kenal, latihan, pembangunan pekerja, penilaian prestasi danpelan karier.

1. Suai kenal

Suai kenal atau lebih dikenali sebagai orientasi merupakan proses memperkenalkan, menyesuaikan, dan membudayakan kakitangan baru untuk memahami tugas dan tanggungjawab meraka terhadap organisasi. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), suai kenal atau orientasi bermaksud sesuatu kegiatan atau program peninjauan yang diadakan bertujuan untuk menjadikan seseorang itu faham dan dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling yang baru dan memahami matlamat tertentu bagi organisasi yang disertai. Program suai kenal turut memberi pendedahan kepada pekerja baru mengenai prosedur, struktur organisasi dan aspek-aspek penting berkaitan dengan kerja atau jawatan pekerja tersebut dan peraturan-peraturan yang perlu diketahui serta dipatuhi sepanjang bekerja di sesebuah organisasi.

2. Latihan

Latihan merujuk kepada suatu usaha yang terancang oleh sesebuah organisasi untuk memudahkan pembelajaran tingkah laku kerja yang tertentu (Poon, 1994).  Latihan adalah satu program atas usaha dari pihak organisasi untuk meningkatkan keupayaan, kemahiran dan pengetahuan pekerja dalam memenuhi tuntutan pekerjaan atau tugasan semasa. Latihan perlu dilaksanakan apabila wujud suatu jurang kelainan diantara kebolehan individu dan keperluan kerjanya iaitu perbezaan prestasi yang dikehandaki oleh majikan atau organisasi (Poon, 1994).  Melalui latihan, produktivi pekerja-pekerja akan menjadi lebih cekap dan pengetahuan dapat dipertingkatkan.

3. Pembangunan pekerja

Pembangunan pekerja merupakan program yang dibentuk oleh organisasi untuk meningkatkan keupayaan, kemahiran dan pengetahuan berbeza. Ianya diadakan untuk meningkatakan prestasi pekerja sepanjang pekerja bekerja di sesebuah organisasi. Pembangunan pekerja adalah apabila seseorang pekerja atau individu belajar melalui pengalaman dalam proses menjadi seseorang yang lebih baik dan lebih mahir (Truelove, 1995). Ia melibatkan konsep tahap kematangan, perkembangan psikologi dan menambahkan keyakinan diri. Selain itu, ia merupakan komponen penting bagi syarikat dalam usaha untuk memperbaiki kualiti, mengekalkan para pekerja penting dan bagi memenuhi cabaran persaingan global dan perubahan sosial. Program pembangunan pekerja haruslah bersepadu dengan strategi korporat sesuatu organisasi.

4. Penilaian prestasi

Prestasi menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) bermaksud hasil atau pencapian yang diperolehi. Dalam aspek pembangunan sumber manusia, penilaian prestasi boleh didefinasikan sebagai penilaian pencapaian pekerja atau hasil kerja mengikut piawaian yang ditetapkan oleh organisasi. Penilaian prestasi adalah satu aktiviti yang rumit tetapi ianya merupakan elemen penting bagi pengurusan yang berkesan. Melalui penilaian prestasi, pelbagai maklumat berkaitan pekerja dapat dihasilkan dan ianya dapat digunakan untuk tujuan kenaikan pangkat, kenaikan gaji atau mendapat bonus. Selain itu, maklumat yang diperolehi dapat digunakan untuk tujuan memperbaiki kelemahan dan membantu membangunkan kerjaya pekerja dan meningkatkan kebersekanan organisasi.

5. Pelan karier

Pelan karier atau rancangan kerjaya merupakan merupakan suatu proses yang melibatkan tiga perkara iaitu setiap individu harus mengenali diri sendiri, menyedari peluang, kekangan dan pilihan yang ada dan akibat daripada setiap pilihan yang dibuat. Kedua, setiap individu haruslah mengenalpasti matlamat berkaitan kerjaya. Ketiga, individu yang memprogramkan pekerjaan, pelajaran atau lain-lain pengalaman yang menunjukkan arah bagi mencapai matlamat kerjaya yang spesifik.  Pelan karier dapat membantu dalam pembangunan kerjaya seorang pekerja melalui program latihan dan pembangunan yang disediakan oleh organisasi. Ianya juga membantu dalam mencapai matlamat dengan lebih berkesan.

Proses

Proses pembangunan sumber manusia adalah satu kitaran atau satu proses yang dimulakan dengan keperluan terhadap latihan dan program pembangunan diikuti dengan pemilihan dan perlaksanaan latihan dan akhirnya penilaian latihan akan dijalankan.
 
      Proses pembangunan sumber manusia

1. Persediaan latihan

Fasa pertama adalah fasa persediaan latihan atau fasa perancangan. Terdapat dua proses yang akan dijalankan dalam fasa ini iaitu keperluan latihan dan reka bentuk latihan.

Analisis keperluan latihan akan disediakan dengan menilai keperluan latihan. Ia merangkumi keperluan terhadap pekerjaan, pekerja dan organisasi. Analisis keperluan pekerjaan bertujuan mengumpulkan data mengenai sesuatu tugasan dan apa yang diperlukan oleh pekerja supaya dapat melakukan tugasan yang diberikan dengan lebih efisien. Analisis pekerja pula bertujuan untuk mengenalpasti sejauh mana seseorang pekerja itu memerlukan latihan supaya dapat disesuaikan dengan keperluan dalam menyempurnakan tugasan. Analisis organisasi diperlukan untuk menilai situasi semasa organisasi secara menyeluruh. Analisis ini akan memberi penekanan terhadap keperluan latihan berdasarkan matlamat organisasi.

2. Perlaksanaan latihan

Perlaksanaan latihan dibuat apabila perkara berikut telah ditentukan :
a)Penetapan objektif
b)Pemilihan jurulatih
c)Pembentukan rancangan pengajaran
d)Pemilihan kaedah dan teknik latihan
e)Penyediaan material
f)Penetapan jadual program atau latihan

Kaedah yang paling berkesan dalam perlaksanaan latihan adalah melalui program yang berasaskan kuliah atau kelas, kajian kes, video atau filem, mentor dan lain-lain (Khalidah Kalid Ali, 2008). Latihan yang dilaksanakan juga perlu dikawal bagi memastikan keberkesanan latihan. Latihan atau program pembangunan sumber manusia akan gagal sekiranya organisasi tidak mampu memilih kaedah latihan yang tepat dan mengawal latihan yang dilaksanakan dalam memenuhi objektif perlaksanaannya. 

3. Penilaian latihan

Fasa terakhir, penilaian latihan dilakukan untuk mengenalpasti sejauh mana latihan yang dilaksanakan berkesan dan sesuai berdasarkan objektif yang ditetapkan oleh organisasi. Kirkpatrick, D. (1976), mencadangakan bahawa penilaian mempunyai empat elemen penting. Ia digunakan dalam menilai pelbagai aspek bagi latihan yang dilaksanakan. Empat elemen tersebut ialah penilaian tindak balas, pembelajaran, tingkah laku dan keputusan.


rujukan :-

Bohlander, G., & Snell, S. A. (2010). Managing Human Resources (15th ed.). Ohio, OH: South-Western College Pulishing.

Nir Mala Riduan, (2002), Pengertian Pembangunan Sumber Manusia Di Kalangan Pengamal Pembangunan Sumber Manusia. Universiti Putra Malaysia. Diambil dari http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9288/

Balakrishnan, L. & Srividhya, S. (2007). Human Resource Development. Mumbai: Global Media

 Barry, C. (1994). Human Resource Management. London: Kogan Page Limited.

Poon, M. L. June. (1994). Pengurusan Sumber Manusia. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka

Khalidah Khalid Ali et al, (2008). Business Mangement : A Malaysia Perspective. Selangor : Oxford Fajar Sdn Bhd


Make choices that will make your journey in life the best that it can be.

Sunyi

 lama betul sis xmengarang

kesibukan tugas membantutkan segalanya

last post 2017 eh..😂😂

sis masih di tempat yang sama

keja kt hq nak2 skrg wfh sbb covid.. memeningkan kepala

da hampir 7 bln sis wfh

lemau xtau nk cakap.. meeting nonstop 😖😕

nak2 lagi skrg sis smbg degree setelah sekian lama tangguh

lama tu.. means lamaa... around 14 years lepas habis diploma

otak pun da hampir berkarat 😁

diam xdiam dah hampir sthn pun sis smbg belajar ni

kerja sambil belajar.. its not easy okeh

tp sbb duk pikir sampai bile nk keja sampai tahap skrg je

sbb tu sis smbg belajar jgk

okeh lepas ni sis akan share beberapa assignment yg sis berjaya score A

boleh la korg  buat rujukan  😎


da... see next post. adios!


Make choices that will make your journey in life the best that it can be.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...