Semakin hari ayat-ayat cinta itu semakin rapuh dan lusuh
Namun cinta yang diberi itu tetap segar di ingatan
Dengan cinta aku belajar menjadi sabar
Belajar membuang rasa gusar di hati
Mewujudkan rasa setia yang berpanjangan
Dengan cinta aku mahu sentiasa dekat
Mahu bersama sehingga ke akhir hayat
Dengan cinta datangnya pengorbanan
Susah senang di hadapi bersama
Pahit getir pasti ditelan jua
Demi kasih yang wujud di jiwa
Dengan cinta datangnya pengharapan
Perjungan untuk hidup bersama
Kasih sayang di semai dan dibajai jua
Demi membuktikan kasih yang tak terhingga
p/s: buat en tunang,semoga hubungan kita
berjalan lancar hendaknya.. amin. :)
berjalan lancar hendaknya.. amin. :)
No comments:
Post a Comment