Pilihan di tangan sendiri

Ade orang cakap...xtually, slalu jgk aku dgr orang akan ckp camni...
"Kalau kau syg seseorang,kalu kau kasihkan dia.. kau kekalkanlah dia sebagai kawan kau. Selama-lamanya. Sebab, kalau kau gaduh dengan dia, kau tetap akan ada dia sebagai kawan kau. Sampai bile2 dia akan ade untuk kau. Tapi, kalau kau dah angkat dia sebagai kekasih, sekali kau gaduh, kau akan kehilangan dia, dan bakal bermusuhan. Atau mungkin, kau takkan hubungi dia lagi. Dia pun takkan hubungi kau lagi. Kau pilih laa mana-mana yang baik.."


Hidup ini terlalu banyak pilihan sebenarnya. Terlalu banyak yang perlu dibicarakan dan terlalu banyak yang perlu di fikirkan sebelum membuat keputusan. Kalau pilih kiri, kanan mungkin terbaik. Kalau pilih kanan, kiri mungkin terbaik. Setiap satu keputusan akan merubah segala yang bakal terjadi esok hari.

Ironinya, apa yang kita selalu nak, selalunya yang itulah yang kita takkan dapat. Manusia selalu tak puas hati dengan apa yang dia dah ada. Sesekali,rasa tamak meresap. Bila sudah di tahap pertama, mahu dilanjut ke tahap seterusnya.
Ade kawan berpesan kat aku "Tuhan x bagi ape yang kita nak tapi Tuhan bagi ape yang kita perlu.. " Bler di pikirkan balik, Tuhan lebih mengetahui ape yang terbaik tuk kita.
Entah...aku tak boleh fikir lurus2. Bagi aku, kalau takdir sudah dikalam begitu, begitu laa jadinya. Hidup macam satu permainan. Play it by the rules. You will be safe. Kalau tak..babai...
Landasan ada. Ikut. InsyaAllah, semuanya akan baik2 saja.

Make choices that will make your journey in life the best that it can be.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...